Berita Terkini

Dari Meja Pengerusi Penaja


ALHAMDULILLAH, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNYA Blog Rasmi Masjid Bandar Enstek mula dibangunkan. Saya mewakili Jawatankuasa Penaja Masjid Bandar Enstek dengan segala rendah diri mengajak dan mengalu-alukan para Jemaah dan seluruh komuniti Islam melayari blog rasmi masjid sebagai salah satu medium penyampai maklumat dan informasi yang sangat diperlukan di zaman moden tanpa sempadan ini.

Sehubungan itu, saya memohon khususnya para jemaah dan komuniti islam keseluruhannya bersama-sama memantapkan kandungan blog ini dengan memberi maklum balas sewajarnya dan membantu menyebarkan maklumat dan informasi dari semasa ke semasa. In Syaa Allah, dengan berbuat demikian hasrat pihak berkuasa untuk mentransformasikan masjid sebagai Pusat Hentian Setempat (One-Stop-Centre) akan tercapai dan perlu disokong.

Blog ini juga akan berkongsi kemajuan projek pembinaan dan perkara berkaitan pusat komuniti islam untuk rujukan semua. Semoga sasaran Jun 2019 untuk ahli kariah mengadakan solat pertama di Masjid Bandar Enstek akan tercapai.

Sekian, terima kasih.

DATO’ DR. HAJI ZAHRI BIN AZIZ
Pengerusi Penaja JK Masjid Bandar Enstek

No comments